alaNGkah BerTuah




Alhamdulillah ketika ini diberi petunjuk dan dorongan untuk mengupdate blog yang selalu bersawang dan sudah lama tidak dihiasi dengan kisah2 terkini.

Kini kita sudah menjejak ke tahun 2012. Permulaan tahun ini begitu nostalgic dimana aku bersama keluarga menyambutnya dengan alunan asmaul husna bersama puluhan ribu manusia lain di dataran kemerdekaan Shah Alam pada malam tahun baru itu.

Tahun lalu diwarnai dengan pelbagai suka duka. Harapanku pada tahun ini, agar lebih banyak lagi kenangan yang mampu kucipta bersama insan2 terdekatku.

Apa yang paling penting adalah bagaimana graf ibadah dan keakraban kita kepada Allah?. Adakah masih di peringkat bawah tidak bergerak, menaik tinggi dan kemudian menjunam turun ataupun sedang bergerak perlahan-lahan dan penuh istiqamah demi menggapai keredhaan dan syurga-Nya?.


Pernah aku terfikir, alangkah bertuahnya mereka yang mendalami agama sebagai subjek dan perkara utama  dalam kehidupan mereka. Misalnya, mempelajari berkenaan syariah, ibadah, muamalat, ilmu kesufian, haraki dan sebagainya. Pastinya segala ilmu itu akan sentiasa membawa mereka kepada Allah, jika dipelajari dengan niat dan cara yang betul.

Namun, hakikatnya semua ilmu yang baik akan membawa kita kepadaNya. Cuma perkara itu jarang dirasai dan disedari oleh kita.

Selain itu, alangkah bertuah andai dapat mendalami sirah Nabi Muhammad dan para sahabat yang bagiku amat bermakna dan berguna untuk dijadikan inspirasi sepanjang hidup. Ya lah, iman umat zaman ini pun tidak dapat menyamai kekuatan iman Abu Bakar As-Siddiq. Lihat betapa hebatnye tarbiyah yang Nabi kita pasakkan dalam diri para sahabat. Alangkah beruntung mereka yang berada di zaman itu.


Alangkah bertuah mereka yang lahir di dalam keluarga yang penuh dengan suasana keislaman dan keimanan yang utuh kepada Allah, hasil dari perkahwinan yang diberkati. Ibu dan bapa saling menasihati, berkasih sayang kerana Allah, menjaga anak2 dari anasir-anasir buruk, berjanji untuk bersama berusaha menuju ke syurga. Dan anak-anak dididik agar cintakan Allah dan Rasulullah, diberikan kepada mereka segala tarbiyah dan peringatan agar tidak sekali dibiarkan sesat di pertengahan


Alangkah bertuah mereka yang bersekolah atau mendapat pendidikan yang penuh dengan melodi dan suasana keislaman. Pasti hampir setiap hari, telinga mereka diasak dengan tazkirah yang menenangkan ataupun alunan ayat suci Al-Quran. Pasti mata mereka terhindar dari segala maksiat yang bisa membuahkan dosa. Pasti kaki dan tangan mereka ketika bekerja, sentiasa diiringi dengan zikrullah di benak hati.

Alangkah bertuah mereka yang bisa sempat mempunyai masa, keinginan dan peluang yang banyak untuk pergi ke majlis2 ilmu yang kadang2 berjauhan dari tempat tinggal dan juga ketika tersempit di celah kesibukan dunia.


Namun, alangkah bertuah lagi jika mereka yang tidak berada di dalam suasana di atas bisa meraih kemanisan iman lebih dari mereka yang sudah lama berada di dalamnya. Sudah ramai temanku, yang kini berubah kearah kebaikan dan bagiku lebih baik dari aku dan teman2ku yang lain, tanpa mengira asal- usul, sejarah persekolahan, dan tarbiyah yang diterima olehnya.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Dan alangkah bertuah mereka yang menghambakan kehidupannya sepenuhnya di untuk Allah, tanpa melupakan tanggungjawab di dunia sebagai bekalan di akhirat kelak.

Hidayah itu rahsia Allah. Dia akan beri kepada siapa, dimana dan bila, itu semua bukan tugas kita. Tugas kita hanya berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah sepanjang meniti kehidupan dunia yang penuh mencabar.

Jika melihat perkara tidak baik didepan mata, jika tidak boleh dibetulkan dengan teguran, doakan agar mereka dikurniakan hidayah. Itu lebih baik daripada mengumpat atau mengeji mereka lantas menambahkan dosa sahaja.

Dan akhir sekali, semua manusia bertuah sebenarnya. Kerana kita dilahirkan oleh kejayaan persenyawaan sel dari ibu dan ayah kita.


Kita bisa hidup sehingga ke hari ini, mengecapi nikmat Tuhan yang terlalu banyak tanpa dibayar.

Kita didatangi insan2 dan pelbagai peristiwa yang menggembirakan dan menguji kita, demi menilai dan m’perkukuhkan keimanan kita. Jika tidak?. Pasti kita akan mudah hanyut dan hilang arah.

Yang paling penting, kita adalah makhluk Allah, kita punyai Tuhan yang Maha Agung, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Lantas kita adalah bertuah kerana mempunyai Tuhan yang  begitu sempurna tiada tandingan.

Kembali kepadaNya, kunci kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Bersegeralah kearah kebaikan. Jom sama-sama kumpul bekalan untuk kehidupan di sana.

Muhasabah di awal tahun. Even tahun masihi, tapi apa salahnya kan...

Ok, harap dapat update lagi insyaAllah.

Wallahu a’lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "alaNGkah BerTuah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Observe Our Prayer

Website counter