alaNGkah BerTuah




Alhamdulillah ketika ini diberi petunjuk dan dorongan untuk mengupdate blog yang selalu bersawang dan sudah lama tidak dihiasi dengan kisah2 terkini.

Kini kita sudah menjejak ke tahun 2012. Permulaan tahun ini begitu nostalgic dimana aku bersama keluarga menyambutnya dengan alunan asmaul husna bersama puluhan ribu manusia lain di dataran kemerdekaan Shah Alam pada malam tahun baru itu.

Tahun lalu diwarnai dengan pelbagai suka duka. Harapanku pada tahun ini, agar lebih banyak lagi kenangan yang mampu kucipta bersama insan2 terdekatku.

Apa yang paling penting adalah bagaimana graf ibadah dan keakraban kita kepada Allah?. Adakah masih di peringkat bawah tidak bergerak, menaik tinggi dan kemudian menjunam turun ataupun sedang bergerak perlahan-lahan dan penuh istiqamah demi menggapai keredhaan dan syurga-Nya?.


Pernah aku terfikir, alangkah bertuahnya mereka yang mendalami agama sebagai subjek dan perkara utama  dalam kehidupan mereka. Misalnya, mempelajari berkenaan syariah, ibadah, muamalat, ilmu kesufian, haraki dan sebagainya. Pastinya segala ilmu itu akan sentiasa membawa mereka kepada Allah, jika dipelajari dengan niat dan cara yang betul.

Namun, hakikatnya semua ilmu yang baik akan membawa kita kepadaNya. Cuma perkara itu jarang dirasai dan disedari oleh kita.

Selain itu, alangkah bertuah andai dapat mendalami sirah Nabi Muhammad dan para sahabat yang bagiku amat bermakna dan berguna untuk dijadikan inspirasi sepanjang hidup. Ya lah, iman umat zaman ini pun tidak dapat menyamai kekuatan iman Abu Bakar As-Siddiq. Lihat betapa hebatnye tarbiyah yang Nabi kita pasakkan dalam diri para sahabat. Alangkah beruntung mereka yang berada di zaman itu.


Alangkah bertuah mereka yang lahir di dalam keluarga yang penuh dengan suasana keislaman dan keimanan yang utuh kepada Allah, hasil dari perkahwinan yang diberkati. Ibu dan bapa saling menasihati, berkasih sayang kerana Allah, menjaga anak2 dari anasir-anasir buruk, berjanji untuk bersama berusaha menuju ke syurga. Dan anak-anak dididik agar cintakan Allah dan Rasulullah, diberikan kepada mereka segala tarbiyah dan peringatan agar tidak sekali dibiarkan sesat di pertengahan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SudAh hAmPir


Bismillah.

Sudah lama rasa tidak mengupdate blog ini yang semakin bersawang. Kesibukan duniawi mungkin.

Malam ini sepi. Sama seperti malam2 yang lain. Yang ada hanya bunyi pen dibuka tutup, kertas dan buku diselak serta kipas yang sentiasa bergerak menyebarkan tenaga angin.

Ku curi sebentar masa ini kerana baru perasan masa sangat cepat berlalu dan kita kini hampir memasuki tahun baru Hijrah.

Rasa baru sahaja menyambutnya ketika itu, rupenya sudah setahun berlalu, sehingga kini kita bakal melangkah ke masa, umur dan keadaan baru yang mungkin berbeza atau sama sahaja. Terpulang.

Ya, tahun ini aku bakal menyambutnya sebagai seorang student perubatan. Memegang status itu benar2 mengubah gaya hidup kami, personaliti dan pelbagai lagi. Sehingga jika memandang sesuatu, pasti mahu dikaitkan dengan scientific term etc.



Ok, jadi bagi menyambut tahun baru hijrah ini, maka dengan ini saya mengajak para pembaca sekalian untuk sama2 muhasabah kembali akan tahun kita sebelum ini. Berapa banyak bekalan yang telah kita sediakan untuk menghadap Tuhan?

Banyakkah perubahan positif yang telah kita lakukan atau berapa banyak nasihat yang kita berikan kepada saudara seislam kita?

Dimanakah tahap iman kita, adakah sama sahaja, atau semakin meningkat, atau lebih buruk lagi, semakin menurun.

Bagaimana hubungan kita dengan manusia?. Dengan Allah sudah pasti?. Adakah telah jauh kita meninggalkanNya atau kita berlari semakin kuat kearahNya?

Dan banyak lagi yang perlu dibaiki dari semasa ke semasa. Hidup adalah perubahan. Teruskan berubah kearah kebaikan kerana destinasi kita hanya satu dan pasti yakni syurga dan keredhaan Allah.



Tiada alasan untuk tidak berubah lagi. Pintalah hidayah dan kekuatan dari Allah, pasti Dia akan perkenan. Saat maut mendatang, maka tiada alasan lagi yang mampu diberi.

Ingatan bersama. Jom sama2 tingkatkan iman dan amal bagi mencapai taqwa dan syurga Allah.

Wallahu a'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

I and You



Irfan Makki – You & I


You & I

We are the same
we win and lose
in the game of life ..

You & I
We seek the truth

looking for the signs in the universe ..

In this journey ..
We are companions
struglings through life towards our
way ..


CHOURS

Why should a mother cry ..
Why should a wife see her husband die ..
Oooh tell me why do we have to fight ..
Why dont we try just you and I ..
Ooh why dont we try ..


You & I
We love our land

protect our home against any harm ..

You & I
Dream of a day when everybody will live in peace ..
In this journey ..

We are companions struglings through life towards our
way ..


CHOURS

Why should a mother cry ..
Why should a wife see her husband die ..
Oooh tell me why do we have to fight ..
Why dont we try just you and I ..
Ooh why dont we try ..


Throughout history so many senseless wars
Yet we never learn, we’re building borders around us
But we still have a chance to heal our wounded world
Let’s get rid of hatred and see each other as we really are
Before it’s to late, who knows what tomorrow may bring
But without justice there’s no way that peace can exist


CHOURS

Why should a mother cry ..
Why should a wife see her husband die ..
Oooh tell me why do we have to fight ..
Why dont we try just you and I ..


Ooh can u tell me why should a mother cry ..
Why should a wife see her husband die ..
Ooooh tell me why do we have to fight ..
Why dont we try just you and I ..


Ooh can u tell me why should a mother cry ..
Why should a wife see her husband die ..
Ooooh tell me why do we have to fight ..
Why dont we try just you and I ..
Why dont we try …


Taken from here

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Be Moderate


17 10 2011

Hari itu kami belajar tentang blood glucose level di dalam badan manusia yang ditentukan oleh pemakanan dan juga proses2 tertentu di dalam badan.


Selagi ada glucose dan glycogen (iaitu benda yang dapat simpan glucose yang tidak digunakan), maka manusia boleh meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa. Dengan maksud lain, selagi mana makanan dapat masuk dengan betul ke dalam badan ( kuantiti dan kualiti yang betul), manusia boleh terus bergerak.

Namun, seandainya selepas sehari tidak makan, glucose akan habis, dan glucose yang dalam peti simpanan pun akan habis.

But, kita masih dapat hidup kerana certain part daripada bahan2 di dalam tubuh kita akan digunakan untuk menghasilkan glucose. Ya, glucose nih function dia nak bagi tenaga kat kita untuk terus hidup.

Menurut graf itu, manusia akan mati kelaparan jika tidak makan selama 40 hari kerana segala bahan di dalam badan telah habis digunakan untuk penghasilan tenaga.

Disinilah perasaan sebak dan sedih timbul dari dalam diriku. Memikirkan nasib saudara seislam atau mereka yang tidak mampu memperoleh makanan yang cukup setiap hari.


Mungkin ada yang hanya sekali seminggu menjamah makanan or nasi. Maybe ada yang sekali sebulan atau lagi teruk.

Dan tidak semestinya makanan yang mereka peroleh cukup zat dan menepati keperluan tubuh mereka.

Bagaimana pula kita disini, mewah dengan pelbagai jenis makanan, sehingga tak tahu mana satu makanan yang mahu dimakan kerana hampir semua sudah dirasa dan kita merasa bosan?.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

beRtUah

Bismillah.

Kisah pada suatu hari..

Post ini sebagai dedikasi terhadap seorang sahabat dunia akhirat.

" Hari ini terasa begitu asing dan keseorangan. Biar berada di tengah2 keramaian dan kawan-kawan, masih terasa bersendiri, tanpa teman disisi.

Saat ini juga dihambat pelbagai masalah dan tekanan jiwa. Namun dikuatkan hati, cuba berfikiran positif, cuba bertahan dari mengalirkan airmata.

Saat itu baru kuingat, aku ada Allah yang sentiasa disisiku. Tidak pernah meninggalkanku, tidak melupakanku. Aku sahaja yang selalu meninggalkan dan melupakan Dia. Ampunkan dosaku Ya Tuhan.

Ketika itu, aku benar2 memerlukan seseorang sebagai tempat untuk aku meluahkan rasa hatiku. Namun tiada yang hadir.

Aku berdoa didalam hati, agar Tuhan mendatangkan seorang teman yang bisa mengubat kelukaan dan kesedihan jiwaku.

Pulang dari kuliah, aku berjalan sendiri, melayan perasaan. Perit sungguh dirasa.

Ditakdirkan Allah, ketika itu juga aku bertemu dengan insan istimewa yang dipinta, sedangkan aku tidak pernah menyangka akan bertemu dengannya di waktu getir sebegini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

seLINgan



Ada tiga orang sahabat Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.


Ali: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?


Abu: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?


Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.


Ali: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.


Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.


Ali: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...


Punyalah sedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil Abu pula bercerita.


Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang... bla bla bla bla...


Sekalilagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si Abu bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk.


Mamat: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.


Ali: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?


Mamat: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...


Abu: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.


Mamat: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....
Credit: Taken from here

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

BaJET

Salam. Jom baca tambah info.

Diambil dari sini


Bajet 2012: “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”

Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI khususnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.

Bajet ini akan memberi penekanan kepada lima fokus utama:

Fokus Pertama: Meligat Pelaburan
Fokus Kedua: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi
Fokus Ketiga: Program Transformasi Luar Bandar
Fokus Keempat: Memperkejap Perkhidmatan Awam
Fokus Kelima: Meredakan Inflasi dan Mengimarah Kehidupan Rakyat

MELIGAT PELABURAN

  • Pakej Rangsangan Khas – RM 6 Bilion
  • Meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan
  • Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion
  • Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas
  • Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion
  • Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)

  • Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan
  • Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan
  • Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan bencana alam
  • Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan

MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi

  • Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA
  • Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru
  • Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia
  • Program realiti dan dokumentari di media
  • Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)
  • Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru – jangkaan GNI, RM30 Bil.
  • Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum

INSENTIF PERCUKAIAN

Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan

  • Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun,
  • Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
  • Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
  • Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.
  • Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
  • Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Moga TerUs KuAt

071011

Kulliyah Of Medicine, IIUM Kuantan..Night



Hari ini bermulalah kelas tahfiz bagi group ku. Bertempat di bangunan Kulliyah Of Medicine, tingkat 2, kami berkumpul bersama ustaz di dalam kelas.

Suasana sunyi dan hambar di permulaan. Ditambah dengan kesunyian yang teramat di sekeliling bangunan itu.

Ustaz memulakan kelas dengan sesi pertanyaan berkenaan sebarang kemusykilan yang bertakhta di hati kami. Kelihatannya ustaz cuba memeriahkan suasana, tetapi kami semua masih teragak-agak untuk menyambut niat baik ustaz. Ya, ustaz sangat muda.

Maka selepas itu bermulalah sesi tasmi’ bacaan. Atas deal bersama teman yang lain, aku tampil ke hadapan menjadi orang yang pertama untuk memperdengarkan bacaan.


Selepas itu menyusul teman2ku yang lain. Kami semua berlima dan hanya ada dua orang yang bukan hafizah. Aku menjadi kagum dengan mereka berdua kerana memilih pakej tahfiz ini yang bagiku bukanlah satu jalan yang mudah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Waiting For The Call






Taken from here.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

sLeEpY

29 09 2011

Sedikt coretan, buat selingan. Hari ini penuh bersejarah. Begitu olahku bersama seorang teman.


Malam sebelum berlaku hari sejarah ini, hati sudah resah melihatkan kepada jadual keesokan hari yang pack, ada kelas dari pagi sampai petang. Subjek yang akan dipelajari pula kebanyakan masih baru dan masih dalam adaptasi.

Maka hari sejarah itu bermula. 4 ceramah yang diterima begitu menguji minda dan kekuatan fizikal kami. Boleh dikatakan, dalam setiap ceramah, aku pasti akan tersengguk paling kurang sekali. Puas sudah ditegur rakan disebelah dan belakang.

Lantas hati begitu memberontak, mengutuk diri sendiri kerana mengantuk dan tak dapat focus sepenuhnya di dalam kelas. Cemburu melihat rakan2 lain yang tegak dan segar mata mereka.



Padahal jika mahu disalahkan kurang tidur, aku sudah cukup or terlebih tidur dah untuk malam itu. Nak kata penat, tidaklah begitu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Observe Our Prayer

Website counter